Facebook Live Teknik Membuat Video Pemasaran
11 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg.Repek, Sabtu – 10 Julai 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg.Repek bersama-sama PIK Lawang dan PIK Kg.Batu Gajah telah mengadakan Live Facebook StreamYard teknik membuat video pemasaran masa kini. Perkongsian secara ringkas antara cadangan pemasaran terkini melalui video. Umumnya mengetahui bidang pemasaran memerlukan kita sentiasa mengikuti trend terkini pemasaran agar kita tidak ketinggalan dan sasaran pemasaran kita mencapai matlamat yang telah disasarkan. Perkongsian ini berlangsung selama satu jam bermula dari jam 11.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Live di Facebook Pusat Internet Komuniti Repek, Live di Facebook Pusat Internet Komuniti Lawang dan Live di Facebook Pusat Internet Komuniti Batu Gajah.
Live ini adalah untuk berkongsi dengan penonton dan usahawan trend terkini untuk memasarkan produk mereka di menggunakan video seperti video di tik tok, facebook, bigo live instagram dan youtube. Usahawan pada musim pandemik perlu lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka agar. Pada masa musim ini juga ramai pembeli menggunakan media sosial untuk membeli barangan. Hal ini kerana pergerakan komuniti adalah sangat terhad berdasarkan syarat-syarat perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan Usahawan perlu mengambil inisiatif dengan menyasarkan siapa sasaran target mereka dan apakah media sosial yang sasaran mereka gunakan. PIK Kg.Repek, PIK Lawang, dan PIK Kg.Batu Gajah berharap perkongsian ini dapat membantu golongan usahawan menggunakan perkongsian ini dengan bermanfaat ketika musim Covid-19 ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: