Kelas Asas ICT – Tutorial Menggunakan Prezi
7 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, Khamis - 06 Mei 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah mengadakan telah mengadakan satu sesi tutorial tentang cara menggunakan perisian prezi. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan cara untuk mengunakan laman perisian prezi. Prezi adalah satu bentuk perisian untuk menyediakan bahan penbentangan yang sama dengan kegunaan powerpoint, namun harus tersambung dengan internet, dan ianya bersifat independen. Berbeza dari powerpoint, prezi merupakan pilihan yang lebih menarik untuk dijadikan sebagai medium penbentangan kerana ianya tersedia dalam bentuk flash media. Kelas yang diadakan di Pusat Komuniti Repek ini adalah untuk memberi penambahan ilmu baru kepada komuniti berkaitan ICT agar komuniti setempat sentiasa celik IT dan tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT yang semakin berkembang. Kelas ini berlangsung selama hampir 1 jam di mana staff PIK telah menerangkan cara-cara untuk memulakan prezi dengan memilih template yang ingin digunakan. Pelajar juga didedahkan cara membuat template yang sesuai dengan keinginan sendiri. Melalui kelas ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan power point dengan lebih kreatif. Diharapkan supaya komuniti setempat lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: