Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Isnin – 06 Disember 2021 - PEDi Repek telah menyertai satu taklimat berkenaan Skim Perndaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diajurkan oleh pihak Malaysian Communicatin and Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Mohd Zaim Bin Hamdan iaitu pegawai dari SSM bersama dengan Mohd Mahfuz Fahmi wakil dari MCMC dan juga Encik Mohammad Syafiq Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM. Taklimat ini adalah untuk memberi penerangan kepada semua pengurus PEDi dan juga Rakan Digital (RD) berkenaan program baru dari SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan satu (1) inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA. Sesi Taklimat ini berlangsung selama hampir 2 jam yang bermula dari jam 11.00 pagi.
Pada sesi taklimat ini, pihak SSM telah menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?0 . Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaitan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperpaharui serta lain-lain urusan yang berkenaan. Usahawan dari kalangan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang berumur 18 tahun keatas yang berminat untuk mengikuti sesi taklimat bersama SSM pada 13 Disember 2021 (Isnin) boleh mendaftar kehadiran anda di pautan yang disediakan https://forms.office.com/r/MnKY5rn0Vq .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: