Kelas Asas ICT – Cara Membuat Palang Pada Sijil @ Dokumen
6 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Selasa – 05 Oktober 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK). Repek telah menyertai Kelas Asas ICT iaitu kelas cara membuat palang pada sijil atau dokumen yang dianjurkan oleh PIK Karangan yang dihoskan oleh pengurus PIK Karangan, Pn. Siti Noor Aisha Bt Hamid melalui aplikasi streamyard live di facebook PIK Kg Karangan. Kelas ini turut disertai oleh pengurus PIK Lawang, PIK Batu Gajah dan PIK Selising. Kelas yang bertujuan untuk menambah ilmu kepada peserta dan penonton tentang cara mudah membuat palang berikutan sekarang ramai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dan adanya tidak mahir dalam membuat palang pada dokumen penting mereka. Perkongsian ini adalah mengenai cara untuk membuat dua garis palang pada dokumen penting sebelum di hantar pada mana-mana pihak untuk mengelakkan penyalahgunaan sijil atau dokumen tersebut. Pada permulaan pengajar mengajar cara untuk membuat palang dalam Ms Power Point dan menukarkan ia kepada bentuk gambar dan kemudian membuka aplikasi dalam pelayar google untuk mengedit dokumen sijil dalam bentuk PDF iaitu aplikasi SEJDA ( https://www.sejda.com/ ). Aplikasi yang digunakan oleh pengajar ini sangat mudah dan cepat.
Kelas ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Pihak PIK berharap dengan kelas ini akan dapat membantu para pelajar yang tidak mahir dalam membuat palang pada dokumen mereka. Kakitangan PIK Repek amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: