Live Streamyard Klik Dengan Bijak Risiko Pembelian Dalam Talian
5 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Isnin – 04 Oktober 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah bekerjasama bersama PIK Lawang, PIK Karangan dan PIK Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak dengan topik ‘Risiko Pembelian Dalam Talian’ ekoran pembelian dalam talian merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita kini. Membeli-belah adalah hobi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kini. Hari ini lebih mudah bagi kita membeli-belah dalam talian dan ia menjadi norma biasa berikutan wabak pandemik Covid 19. Internet telah mengubah semua bidang pasaran, dan salah satu bidang yang paling penting adalah perniagaan dalam talian. Inilah sebabnya mengapa ia telah menjadi semakin popular dan kita dapat membeli semuanya secara dalam talian tidak mengira waktu dan di mana sahaja. Kita boleh menggunakan telefon pintar kita sambil menonton TV untuk merancang percutian, membeli-belah, memesan makanan di rumah, dan menempah tiket. Walaupun begitu, kadang-kadang tidak semuanya seindah yang kita fikirkan walaupun Ia sangat mudah, pantas dan harga yang ditawarkan juga murah namun pembeli harus menyedari risiko yang biasa dikaitkan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian.
Justeru itu pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah bijak memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Jadi,kita haruslah menjadi pembeli serta pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Program yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi streamyard live di facebook Pusat Internet Komuniti Kg Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: