Live Streamyard Bual Bicara Mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB)
24 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Rabu – 23 Jun 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Repek bersama-sama PIK Lawang dan PIK Kg. Karangan telah mengadakan Live StreamYard Bual Bicara Mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang berlangsung selama satu jam bermula dari jam 4.30 Petang dan berakhir pada 5.30 Petang bersama tetamu undangan iaitu Cik Aida yang memegang jawatan sebagai Consumer Sales Executives dari Maybank cawangan Kerteh, Terengganu. Live ini bertujuan untuk memberi perkongsian maklumat tentang Amanah Saham Bumiputera (ASB). Bual bicara ini meliputi penerangan yang lebih mendalam mengenai ASB dan kelebihannya kepada komuniti hari ini.
Kami amat berharap bual bicara ini dapat membuka mata komuniti tentang pentingnya pembiayaan ASB untuk masa hadapan yang lebih terjamin lagi-lagi kepada generasi baru yang masih belum peka tentang kelebihan pembiayaan ASB ini. Para kakitangan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Repek, PIK Lawang, dan PIK Kg. Batu Gajah berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan tentang pentingnya pembiayaan ASB ini untuk kegunaan masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: