Bicara Pagi – Apa Itu Penamatan 3G
27 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Selasa – 26 Oktober 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek bersama 3 buah lagi Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu Lawang, Batu Gajah dan PIK Karangan telah mengadakan live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard. Bicara Pagi – Apa Itu Penamatan 3G dikendalikan oleh Pengurus PIK Lawang Puan Amnina melalui aplikasi streamyard live di facebook PIK Lawang. Sesi live kali ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi dan berlansung selama lebih kurang satu jam, berikutan tempoh norma baharu yang sedang kita hadapi, pihak kami mengambil inisiatif di mana program ini secara atas talian dan dipaparkan secara Live Streaming di Page PIK Lawang dan dikongsi oleh PIK Repek, PIK Batu Gajah dan PIK Karangan. Bicara pagi ini dijalankan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyrakat tentang penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 dan akan digantikan dengan rangkaian 4G bagi semua rangkaian telekomunikasi.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disarankan untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan. Antara faedah yang akan diperolehi adalah seperti pengalaman melayari internet yang lebih baik, strim video dan muzik yang lebih lancar. Pihak PIK sangat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana. Kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital, Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PIK Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: