Kursus Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Pengurusan Kerja Berkumpulan)
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Jumaat – 22 Oktober 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah menyertai kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) bersama semua staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan yang dianjurkan oleh Koperasi UMK Berhad bagi melatih petugas PIK. Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Repek telah menyertai kursus tersebut yang bermula pada 8.30 pagi dan 12.00 tengahari yang diadakan secara atas talian menggunakan zoom meeting. Seramai 32 peserta telah menghadiri program ini yang merangkumi keseluruhan 16 buah pusat internet Komuniti (Maxis) di seluruh Kelantan dengan tajuk Pengurusan Kerja Berkumpulan.
Program ini dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Pada permulaan kursus, Prof Madya Dr. Ghazali Ibrahim telah membentuk lima (5) buah pasukan yang terdiri daripada kalangan semua peserta. Terdapat tiga daripada empat aktiviti atau mengikut kaedah di dalam Model Pengurusan Kerja Dalam Kumpulan Tukman yang dijalankan sepanjang sesi itu berlangsung tadi. Kerja dalam kumpulan adalah tindakan atau proses menyebabkan sekumpulan orang bekerja bersama secara berkesan sebagai satu pasukan, terutamanya melalui aktiviti dan acara yang direka untuk meningkatkan motivasi dan menggalakkan kerjasama. Pembinaan pasukan dalam sesebuah organisasi dapat menyatukan orang ramai dengan menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan. Pembinaan pasukan di tempat kerja ialah proses mewujudkan pasukan yang bekerjasama secara padu ke arah matlamat yang sama. Kepentingan dan tujuan utama pembinaan pasukan adalah untuk mewujudkan pasukan yang kuat melalui membentuk ikatan dan perhubungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: