Mengenal Microsoft Office - Belajar Menaip
20 April 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Selasa – 19 April 2021 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar Sekolah sekitar Pusat Internet. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Selain dapat memupuk sikap fokus dalam diri, mereka mengenal setiap nama dan fungsi peranti komputer termasuk peranti input, output dan peranti storan berserta contoh alat tersebut seperti tetikus, papan kekunci, projector dan kad memori.
Peserta juga diberi pendedahan tentang cara mengambil data dari internet (copy) setelah itu cara untuk tampal semula data yang diperlukan ke dalam file @ Microsoft word (paste). Selain itu peserta juga dapat mempelajari singkatan(short form) papan kekunci.contoh:[ctrl + c],[ctrl + v],[ctrl + A] dan lain-lain. Daripada kelas yang diadakan ini, diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di pusat internet. Kakitangan PIK Kg Repek amat mengalukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PIK Kg Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: