Kelas Asas ICT (Microsoft Word)
22 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, Ahad - 21 Mac 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah mengadakan Kelas perseorangan kepada pelajar Sekolah SMK Sri Kiambang. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian. Kelas pada kali ini adalah dari permintaan pelajar yang bertujuan untuk membuat kerja sekolah, di mana pelajar ini ingin mencari nota dan ingin menyalin serta mencetak nota tersebut. Pelajar diajar cara untuk menyalin dari nota carian web dia aplokasi google. Peserta diajar cara menyalin ke dalam Microsoft word dan cara menukar tulisan. Pelajar ini juga turut diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, penerangan tentang papan kekunci, tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Melalui kelas ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan komputer dengan lebih baik. Diharapkan supaya komuniti setempat lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: