Kelas Membuat Video Menggunakan Aplikasi “BENIME”
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Sabtu – 18 September 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah menyertai kelas yang dikendalikan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang iaitu Kelas Membuat Video Menggunakan Aplikasi “Benime” bersama dengan 2 orang lagi peserta yang juga merupakan staf Pusat Internet Komuniti iaitu PIK Karangan dan PIK Batu Gajah. Pada hari itu, para peserta diajarkan cara untuk membuat video menggunakan aplikasi “Benime”. Benime adalah aplikasi Android yang membolehkan anda membuat klip video pendek atau membuat animasi. Oleh kerana anda telah melihat begitu banyak puisi dan klip animasi pendek di Tik Tok atau banyak rangkaian sosial lain, maka aplikasi ini menyediakan tempat untuk membuat kandungan sedemikian. Ini adalah aplikasi percuma tetapi anda juga boleh mempunyai ciri Pro (Premium).
Aplikasi ini hanya sesuai dengan Android yang mempunyai spesikasi mewah atau tahap OS Android yang lebih tinggi. Tetapi secara keseluruhan ciri-cirinya menarik dan berguna. Benima Apk menawarkan beberapa ciri terbaik. Antaranya adalah; ia merupakan aplikasi percuma yang boleh dimuat turun menggunakan Android untuk membuat animasi. Kedua, ia juga mempunyai ciri atau alat yang lebih baik dan premium dalam aplikasi. Produk premium atau murah dan setiap pengguna boleh membelinya. Benime mempunyai sejumlah besar reka bentuk video, sampel, susun atur, video dan item. Selain itu, anda juga boleh merakam suara anda sendiri atau menambahkan fail muzik ke video tersebut. Benime juga menyediakan pelbagai jenis pilihan kualiti video serta ia sangat mudah untuk digunakan. Aplikasi Benime ini selamat untuk dimuat turun dan juga mesra pengguna. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Program yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi streamyard live di facebook Pusat Internet Komuniti Kg Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: