Klik Dengan Bijak (KDB) Viral: Keperluan Atau Kehendak
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Sabtu – 20 November 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah bekerjasama bersama PIK Batu Gajah, PIK Karangan dan PIK Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) Viral Keperluan atau Kehendak menggunakan aplikasi Streamyard. Viral merupakan perkataan yang sangat sinonim dalam masyarakat hari ini seiring dengan ledakan teknologi yang semakin canggih. Hari ini semuanya berada di hujung jari yang boleh membezakan definisi viral keperluan dan viral kehendak.
Lambakan media sosial yang mempunyai pelbagai kegunaan dan kemudahan untuk masyarakat generasi baru telah memicu perkara-perkara tular samaada berpusat kearah perkara negatif dan positif secara atas talian dalam pelbagai aspek seperti seekor ikan siakap mencecah ribuan ringgit dan hebatnya usahawan muda yang mampu memiliki kereta mewah dari hasil perniagaan yang masih mentah. Perbezaan dua isu tular ini memberi idealogi yang lebih jelas tentang viral keperluan dan kehendak berdasarkan tafsiran individu yang berlainan pendapat. Adakalanya, isu ini boleh menjadi viral keperluan untuk memasarkan produk perniagaan mereka dengan lebih giat yang boleh membawa impak positif kepada para usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniaagaan. Namun begitu, viral ini boleh juga menjadi viral kehendak apabila ianya dilakukan hanya untuk kepentingan peribadi dan menimbulkan masalah kepada individu atau perkara negatif yang lain.
Pada siaran kali ini pihak PIK berkongsi sedikit tips tentang cara menjadi pengguna yang bijak dalam membezakan viral keperluan dan viral kehendak seperti memahami artikel yang ditularkan dengan lebih mendalam sebelum berkongsi kepada yang lain. Masyarakat juga perlu lebih peka tentang kesahihan maklumat-maklumat yang dikongsikan sebelum membuat sebarang tindakan dan undang-undang akan diambil kepada mereka yang menyebarkan maklumat-maklumat palsu yang boleh mendatangkan fitnah, kerosakan reputasi, dan banyak lagi kesan negatif yang lain yang akhirnya boleh memakan diri sendiri.
Justeru itu, pihak PIK sangat memberi penekanan kepada pengguna untuk menjadi warga digital yang bertanggungjawab tanpa perlu menjadi hero viral, jadilah pengguna yang bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada masyakarat. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: