Live Streamyard Klik Dengan Bijak Ketagihan Internet Dan Risiko Permainan Dalam Talian
16 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Isnin – 15 November 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah bekerjasama bersama PIK PPR Bintong, PIK Karangan, PIK Selising dan PIK Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak dengan topik ‘Ketagihan Internet dan Risiko Permainan Dalam Talian’ ekoran penggunaan gajet atau telefon pada masa kini adalah satu keperluan tidak kira peringkat umur. Hal ini berikutan dari penggunaan internet menjadi satu keperluan berikutan dari wabak pandemik Covid 19 yang memerlukan pengguna menggunakan internet dalam kehidupan harian. Di mana pelajar menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian dan ada diantara para pekerja masih bekerja dari rumah dan menggunakan internet untuk menyiapkan dan menyelesaikan tugas mereka. Dalam perkongsian tersebut pihak PIK lebih banyak berkongsi kesan negatif ketagihan internet sekiranya tidak dipantau atau dibendung dari peringkat awal lagi. Ketagihan bermain dalam talian juga boleh menyebabkan masalah keretakan rumah tangga kerana pasangan mengabaikan tanggungjawab kerana leka bermain game selain boleh juga menimbulkan masalah kecurangan rumah tangga akibat bertemu ‘crush’ dalam ‘online game’.
Hal ini tidak akan menjadi masalah sekiranya kita bijak menggunakan kepakaran kita dalam permainan dalam talian, kita mampu menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu, pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Jadi,kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid 19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Program yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi streamyard live di facebook Pusat Internet Komuniti Kg Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: