Kursus Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III)
9 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Jumaat – 08 Oktober 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah menyertai kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Siri III) bersama semua staf Pusat Internet Komuniti Maxis Kelantan yang dianjurkan oleh Koperasi UMK Berhad bagi melatih petugas PIK dalam bidang keusahawan. Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Repek telah menyertai kursus tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 hingga 9 Oktober 2021 yang diadakan secara atas talian menggunakan zoom meeting. Seramai 32 peserta telah menghadiri program ini yang merangkumi keseluruhan 16 buah pusat internet Komuniti (Maxis) di seluruh Kelantan dengan tajuk pengurusan kewangan dalam musim pandemik.
Program ini dikendalikan oleh En Hashim Bin Ahmad Shiyuti yang juga merupakan pelajar PHD di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Taklimat keusahawanan ini disampaikan bertujuan memberi tunjur ajar kepada kakitangan PIK untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan peserta dapat menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada komuniti setempat. Peserta didedahkan dengan panduan rancangan perniagaan dan pemasaran secara sistematik mengikut spesifikasi yang betul. Selain itu, peserta diajar cara membuat sistem perakaunan perniagaan menggunakan perisian Microsoft Excel. Program ini dapat membantu peserta untuk menyampaikan maklumat berguna kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti yang berminat dan telah menceburi bidang keusahawanan pengajar ini sangat mudah dan cepat. Kakitangan PIK Repek amat mengalu-alukan kehadiran usahawan yang berminat untuk menyertai kelas keusahawanan secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: