Kelas Asas ICT – Tutorial Mengedit Video Menggunakan Aplikasi Capcut
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Ahad – 10 Oktober 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK). Repek telah menganjurkan Kelas Asas ICT iaitu tutorial mengedit video mengunakan aplikasi Capcut dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK Repek Cik Aina Syamimi binti Che Hassan melalui aplikasi streamyard live di facebook PIK Repek. Kelas ini turut disertai oleh pengurus PIK Lawang, PIK Batu Gajah dan PIK Karangan. Peserta diajarkan cara untuk membuat video menggunakan aplikasi Capcut. Capcut adalah aplikasi Android yang membolehkan anda membuat klip video pendek atau membuat animasi. Umum mengetahui penggunan aplikasi seperti ini banyak membantu pengguna menghasilkan video yang lebih menarik dan kreatif selain menjimatkan masa pengguna.
Aplikasi Capcut mempunyai semua keperluan asas yang diperlukan apabila mengedit gambar berbanding applikasi lain seperti applikasi ‘remove background’, icon seperti whatsapp, Instagram, subscribed dan lain-lain. Icon ini memudahkan pengguna tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu icon tersebut dari pelayar google. Aplikasi Capcut juga terdapat lebih dari satu pilihan lagu dan pilihan suara tanpa perlu memuat turun dari google terlebih dahulu sebelum mengedit video. Penggunaan aplikasi tersebut juga membantu pengguna yang kurang mahir dengan hanya mengedit menggunakan ‘template’ yang sudah disediakan dan hanya perlu memuat naik gambar dan bagi mereka yang agak kreatif dan mahir boleh menggunakan ‘new project’. Kelas yang bertujuan untuk menambah ilmu kepada peserta dan penonton tentang cara mudah untuk mengedit video hanya mengunakan aplikasi capcut dan boleh digunakan dalam telefon mudah alih.
Kelas ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Pihak PIK berharap dengan kelas ini akan dapat membantu para pelajar yang tidak mahir dalam membuat palang pada dokumen mereka. Kakitangan PIK Repek amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: