Kenali Rakan Digital (RD) Pusat Ekonomi Digital
11 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Jumaat – 10 Disember 2021 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook melalui aplikasi StreamYard iaitu Kenali Rakan Digital (RD) Pusat Ekonomi Digital untuk berkongsi dengan penonton tentang apa itu Rakan Digital (RD) menggunakan aplikasi Streamyard dan dikendalikan oleh Puan Aisha dari PEDi Karangan serta Cik Nik Nurfarahin bt Nik Hassan iaitu RD PEDi Kg Karangan bertanggungjawab dalam perkongsian ini. Perkongsian ringkas pada kali ini adalah bertujuan untuk mewar-warkan kepada komuniti fungsi Rakan Digital di PEDi yang terpilih buat masa ini dan PEDi Karangan antara PEDi terpilih untuk program Rakan Digital di bawah Maxis. Pada sesi live kali ini yang berlangsung hampir 1 jam yang bermula pada 11.40 pagi, Cik Farah telah berkongsi tentang apa itu Rakan Digital (RD). Rakan Digital sebelum ini dikenali dengan nama Rakan Pupuk Ketika awal pelancarannya di mana berperanan membantu usahawan tempatan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan yang memfokuskan secara E-Digital.
Rakan Digital ini merupakan inisiatif pendigitalan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi menjayakan sasaran itu, Rakan Digital akan dilantik untuk ditugaskan di PEDi untuk membantu menyediakan program latihan keusahawanan serta bimbingan kepada golongan usahawan mikro khususnya di luar bandar. Oleh itu,peranan Rakan Digital sangat penting dalam memastikan sasaran kerajaan membangunkan usahwan Digital terus berkembang dari masa ke masa sekaligus mencapai sasaran usahwan mikro yang ditetapkan. Rakan Digital juga berperanan dalam membantu usahawan memilih produk terbaik dan sesuai untuk mereka yang tiada produk sendiri. Pihak PEDi juga memaklumkan kepada komuniti untuk ke PEDi berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan kelas usahawan yang dikendalikan oleh Rakan Digital atau boleh juga menghubungi pihak PEDi melalui media sosial. Pihak PEDi berharap kepada komuniti terutama yang ingin menjadi usahawan agar memanfaatkan segala ilmu keusahawan yang tersedia ada di PEDI secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: