Kelas Asas ICT (M.Word)
7 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, - 6 Mac 2020 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada komuniti sekitar PI. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian.
Peserta diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, menyalin ayat dalam internet , tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Selain itu peserta akan diajar cara memuat turun gambar dari internet ke dalam komputer dan bagaimana cara mereka untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word mereka. Mereka kemudian diajar cara untuk menyimpan dokumen mereka ke dalam komputer Kelas yang bermula pada jam 10.00 pagi itu berakhir pada jam 1.00 tengahari dan melibatkan 3 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: