Kelas Asas ICT (Microsoft Word)
7 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Isnin - 06 Julai 2020 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar Sekolah sekitar Pusat Internet. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian.
Peserta diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, penerangan tentang papan kekunci, tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Pada sesi ini peserta diajar menaip tentang cara-cara untuk menulis karangan pendek dan peserta diajar cara menukar huruf dan warna serta memasukan gambar ke dalam karangan mereka. Setelah selesai menyiapkan karangan peserta akan diajar cara untuk menyimpan karangan mereka di dalam komputer . Kelas yang bermula pada jam 10.00 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari dan melibatkan 5 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: