Kelas Menaip Karangan Kemerdekaan
26 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Selasa - 25 Ogos 2020, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Repek, telah diadakan kelas latihan menaip yang diberi nama Latihan Jari Cepat atau Typing Test bersama-sama pelajar sekolah sekitar Pusat Internet. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju, pantas dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya.
Melalui kelas ini juga sedikit sebanyak dapat memupuk sikap fokus dalam diri mereka kerana turut diadakan pertandingan menaip paling laju dengan meminimakan kesalahan yang biasa berlaku semasa menaip menggunakan papan kekunci. Kelas ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada mereka kerana ianya dianggap baru bagi mereka yang baru belajar untuk mengenali kemudahan IT dan ICT. Kelas ini diadakan bertujuan meningkatkan semangat patriotik atau semangat cintakan negara dalam diri peserta bersempena dengan bulan kemerdekaan. Peserta menaip karangan bertajuk Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Seramai 5 orang peserta menyertai kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: