Kelas Asas ICT (Microsoft Word)
25 November 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, 24 Nov 2020 - Pusat Internet Komuniti Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar Sekolah sekitar Pusat Internet. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian. Kelas ini juga bertujuan untuk memenuhi masa cuti persekolahan yang terluang dengan aktiviti bermanfaat Peserta diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, penerangan tentang papan kekunci, tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Pada sesi ini peserta diajar menaip tentang karangan cerpen. Peserta menulis mengikut karangan yang dipaparkan di skrin. Dengan akitiviti yang dijalankan ini peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam asas menggunakan komputer dan dunia ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: