Kelas Asas Keusahawan
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, 22 Feb 2020 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas Asas Keusahawanan kepada belia kawasan sekitar. Kelas ini bertujuan untuk melahirkan usahawan dan bakal usahawan yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Pusat Internet Repek telah banyak memberi pendedahan tentang ilmu perniagaan. Seterusnya dapat mewujudkan usahawan berilmu dan mampu menguruskan perniagaan dengan lebih baik. Serta mengembangkan perniagaan mereka yang sediada.
Peserta akan dapat meningkatkan pengetahuan asas komputer, memahami penggunaan aplikasi komputer, selain dari itu peserta akan belajar cara penggunaan online banking, cara mempromosi perniagaan, fb apps dan copywriting. Hal ini amat berguna dalam kehidupan seharian dan juga bagi perniagaan mereka.
Peserta diberi tunjuk ajar cara bagaimana cara untuk membuat pembelian atas talian, bagaimana cara untuk memasarkan produk, penggunaan online banking, penjualan atas talian di mudah.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: