Hari Penerangan E-Kelas Bersama Pihak Maxis
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Sabtu - 19 Jan 2019 - Pusat Internet Repek telah mengadakan hari Penerangan berkaitan program yang dianjurkan oleh pihak Maxis iaitu Program E-Kelas. Program penerangan E-Kelas telah diadakan bersama-sama para pelajar dari Sekolah Menengah Sri Kiambang dan Sekolah Rendah Sri Kiambang. E-kelas ini diadakan di Pusat Internet Repek dan aktiviti ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar tentang kelebihan yang ada pada program E-Kelas.
Program ini yang telah dianjurkan bersama dengan pihak Maxis, Encik Afiq selaku wakil dari pihak Maxis telah hadir untuk memberi penerangan dengan lebih jelas kepada peserta berkaitan program ini. Program ini memberi pendidikan percuma kepada pelajar tahun 6, tingkatan 1,2,3,4 serta pelajar tingkatan 5. Ia memberi tumpuan kepada subjek matematik, sains dan bahasa inggeris. Seramai 30 orang peserta telah mendaftar program E-Kelas pada hari itu
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: