Kursus Microsoft Office Bersama Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) Siri I
23 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, - Pada 22 Ogos 2019 telah diadakan Kursus Microsoft Office Bersama Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), kursus ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Repek. Seramai 9 orang kakitangan dari Majlis Daerah Pasir Mas telah menyertai Kursus Microsoft Office. Di dalam kursus ini, peserta diberikan tunjuk ajar berkenaan pengenalan kepada asas komputer, pengenalan kepada tools yang ada dan sering digunakan di dalam membuat Microsoft Office serta latihan untuk mengukuhkan pengetahuan dan ilmu yang disampaikan.
Kursus ini diadakan berikutan permintaan dari kakitangan MDPM untuk mempelajari dengan lebih meluas tentang perisian Microsoft Office serta dapat mengaplikasi apa yang dipelajari ke dalam pekerjaan mereka yang memerlukan kemahiran menggunakan Microsoft Office. Peserta diajar tentang Microsoft Word, Microsoft excel dan Microsoft Power Point yang berkaitan dengan pekerjaan mereka seharian. Kelas yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: