Pameran Sempena Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak
5 November 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, 4 Nov 2019 - Pusat Internet Repek telah dijemput untuk mengadakan Pameran Sempena Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas dengan kerjasama PEMADAM Jajahan Pasir Mas. Program ini telah diadakan di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Gelang Mas. Kempen ini merupakan satu inisiatif jabatan melalui aktiviti advokasi dan literasi undang-undang secara bergerak dari sekolah ke sekolah.
Program ini disertai oleh Pusat Internet di bawah Kluster Pasir Mas iaitu Pusat Internet Repek, Pusat Internet Semuba, Pusat Internet Bukit Tandak, Pusat Internet Tendong dan Pusat Internet Padang To’ La. Oleh itu, pihak PI telah ditugaskan untuk menyampaikan ceramah berkaitan Klik dengan Bijak kepada para pengunjung dan mengadakan pameran booth. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di booth dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung. Pengunjung yang menyertai aktiviti juga diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu berakhir pada jam 2.00 petang dan melibatkan 250 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: