Kawalan Kendiri : Hak Dan Peranan Ibu Bapa & Anak-Anak Di Dalam Dunia Digital
7 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, - Pada 6 Ogos 2019 telah diadakan Program Seminar “Kawalan Kendiri : Hak Dan Peranan Ibu Bapa & Anak-Anak Di Dalam Dunia Digital”. Program ini bertempat Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, Kelantan. Seramai 10 orang staff wakil setiap Pusat Internet (SP Maxis) telah menyertai Program Seminar “Kawalan Kendiri : Hak Dan Peranan Ibu Bapa & Anak-Anak Di Dalam Dunia Digital”.
Seminar ini berlangsung selama 6 jam di Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, Kelantan. Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dan beroperasi di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Tujuan penubuhan CMCF adalah untuk mengawal selia dan mempromosikan konsep kawalan kendiri industri berkaitan dengan kandungan yang disampaikan melalui media elektronik seperti televisyen, radio, telefon mudah alih dan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: