Kursus Asas Komputer (Ms.Word)
4 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 10 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Komputer yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Repek. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Menengah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB). Permulaa kelas juga kami memaparkan video check your label. Ini adalah sebagai langkah keselamatan untuk peserta dan masyarakat sekeliling mereka tentang kepentingan untuk periksa terlebih dahulu alat elektronik atau apa sahaja yang mengandungi lambing MCMC sebagai langkah keselamatan.
Kelas komputer yang diadakan pada kali ini lebih fokus kepada pembelajaraan Microsoft Word, iaitu gaya penulisan surat kiriman rasmi. Sebelum sesi pembelajaraan Ms Word, para peserta kursus didedahkan tentang Klik dengan bijak (KDB) dan pengenalan kepada e-waste.
Kelas Ms Word yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada golongan pelajar yang masih tercari – cari untuk mengenal ICT. Sambutan yang menggalakkan ini juga menarik minat kepada golongan yang berusia di awal pertengahan untuk lebih celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: