KELAS ICT MICROSOFT EXCEL
4 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Selasa - 4 Disember 2018 - Pusat Internet Repek telah mengadakan kelas ICT Microsoft Excel untuk pelajar Sekolah Rendah Sri Kiambang. Kelas ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran ICT kepada peserta supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi sekarang. Kelas ini adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Excel.
Ianya dengan tujuan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian dan untuk memastikan mereka mahir menggunakan perisian Microsoft Excel, mereka diajar cara untuk membuat jadual aktiviti harian dan staf akan memberi penerangan tentang cara menggunakan Microsoft Excel. Mereka kemudian diajar cara untuk menyalin jadual dan meletakkan ke dalam Micrsoft Word dan menyimpan ke dalam komputer. Kelas ini melibatkan 8 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: