Latihan Kebakaran Dan Advokasi Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong Pasir Mas
29 April 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysi Kg. Repek - Latihan kebakaran telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia (PI) seliaan maxis dan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Kelantan. Program ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong Pasir Mas yang disertai oleh 600 orang murid dan seluruh warga pendidik. Turut menyertai program ini adalah 6 orang staff PI yang terdiri daripada PI Repek, PI Bukit Tandak, PI Semuba, dan PI Kajang Sebidang bersama 7 orang anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pasir Mas.
Sepanjang program ini berlansung, semua peserta telah didedahkan dengan situasi sebenar kebakaran dan cara bagaimana untuk menghadapi situasi kebakaran tersebut. Menurut anggota bomba yang bertugas, “Demontrasi seumpama ini perlulah didedahkan kepada semua peringkat umur dan tidak mengira keadaan fizikal seseorang kerana situasi cemas boleh berlaku bila-bila masa, tidak memilih waktu dan sesiapa”.
Program ini bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 1.00 tengahari. Keseluruhan program berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pihak Bomba Dan Penyelamat dari Balai Pasir Mas dan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong Pasir Mas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: