Program Celik IT Bersama Pelajar S.K Sri Kiambang

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA REPEK, 27 FEBUARI 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Repek telah mengadakan satu program bersama warga Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang Repek iaitu Program Celik IT.

Program ini dijalankan dengan usahasama 4 Pusat Internet 1 Malaysia kawasan berhampiran iaitu Pusat internet 1 malaysia Repek selaku tuan rumah, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba, Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak dan Pusat Internet 1 Malaysia Kajang Sebidang.

Tujuan utama Program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar sekolah berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia. Selain daripada itu, program ini sekaligus dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat umum. Disamping itu juga program ini memberi impak yang positif kepada pelajar berkaitan gaya hidup sosial dan mendedahkan mereka tentang cara penggunaan dunia teknologi dengan betul dan selamat.

Seramai 177 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang yang terlibat di dalam program ini. Penglibatan pelajar sekolah ini dipilih oleh pihak sekolah yang terdiri daripada pelajar darjah enam (6). Sepanjang program dijalankan, banyak aktiviti yang telah dijalankan, antaranya ialah Ceramah ringkas berkaitan KDB, Word Search KDB, Word Search ICT, Puzzle Game, Kuiz KDB dan beberapa aktiviti yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas