Demontrasi kebakaran bersama balai Bomba Dan Penyelamat

20 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Repek – Sabtu 19 Ogos 2016, telah mengadakan Demontrasi Kebakaran Bersama Balai Bomba & Penyelamat Pengkalan Kubor kepada komuniti sekitar kampung Kajang Sebidang Tumpat Kelantan. Program ini di sertai oelh 4 Pusata Internet 1 Malaysia berhampiran iaitu, Pusat Internet 1 Malaysia Kajang Sebidang sebagai tuan rumah, Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak, Pusat Internet 1 Malaysia Semuba dan Pusat Internet 1 Malaysia Repek.

Demontrasi kebakaran yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri oleh kira-kira 250 orang penduduk kampong Kajang Sebidang dan penduduk sekitarnya. Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Kubor dengan keanggotaan seramai 5 orang dari unit mereka.

Sepanjang Demontrasi kebakaran ini, komuniti dapat mengetahui cara-cara memadam kebakaran di rumah, komuniti dapat menambah pengetahuan mengenai alat pemadam api kebakaran serta mengeratkan hubungan silaturahim antara Balai Bomba & Penyelamat, Staff PI dengan Komuniti Kajang Sebidang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas