Kelas Asas ICT

6 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Repek – Jumaat 5 Ogos 2016, telah mengadakan kelas asas ICT kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang. Kelas ini melibatkan seramai 1 orang pelajar darjah enam ( 6 ) Lelaki sahaja.

Kelas ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Repek setelah persetujuan dari pihak sekolah untuk menghantar pelajar mereka supaya menghadiri kelas bagi asas ICT. Kelas ini dibuat setiap hujung minggu dan setiap sesi adalah berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan. Kelas yang bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk mendalami ilmu ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas