Kelas Intensif Digital: Pembentangan Digital (Canva, Genially, Prezi & Coogle)
16 April 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 15 April 2023 - PEDi Repek kali ini telah bekerjasama Bersama PEDi Kg Lawang dan Kg. Batu Gajah dalam membuat perkongsian tentang pembentangan digital secara atas talian yang telah berlangsung selama satu jam setengah pada Sabtu lepas. Kelas kali ini memberi penumpuan kepada penggunaan digital sebagai alat bantu pembentangan secara atas talian. Staf PEDi memulakan kelas kali ini dengan memperkenalkan Prezi yang sememangnya sudah sinonim dengan generasi hari ini dan sebelumnya. Prezi merupa satu medium digital yang dikenali sebagai alat persembahan digital yang berbentuk linear dan non-linear. Linear berbentuk berstruktur (terancang) manakala non-linear pula berbentuk peta minda (mind map).
Jadi, Prezi ini amat sesuai untuk digunakan bagi membentangkan agenda-agenda rasmi sesebuah organisasi atau syarikat. Kakitangan PEDi juga telah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan fitur-fitur yang terdapat pada paparan depan Prezi. Kemudian. kakitangan PEDi juga memperkenalkan Genially yang merupakan satu perisian yang sangat sinonim bagi tenaga pengajar hari ini yang selalu mengadakan kelas secara atas talian. Pada asasnya, Genially adalah platform yang ditujukan kepada pendidik untuk menciptakan pengalaman belajar interaktif yang dapat menarik menarik pelajar untuk belajar secara atas talian dengan lebih giat. Kakitangan PEDi juga memperkenalkan aplikasi Canva yang merupakan aplikasi pembentangan digital yang mempunyai kelebihan dalam kepelbagaian templat menarik dan penggunaan audiovisual yang menjadikan sesebuah pembentangan itu lebih kreatif dan inotif.
Akhir sekali, kakitangan PEDi juga memperkenalkan Coogle sebagai alat bantu pembentangan yang menarik untuk diterokai. Coogle merupakan medium pembentangan yang berbentuk peta minda. Perisian ini bertujuan untuk membantu individu mencatat nota, sumbang saran idea, menggambarkan perkaitan merentas konsep dan bekerjasama dengan orang lain. Kebiasaanya Coogle ini digunakan untuk mengembangkan idea-idea pembentangan dalam bentuk peta minda sebelum merealisasikan dalam bentuk pembentangan digital yang lebih kompleks dan menarik untuk dikongsikan seperti Canva, Genially dan Prezi seperti yang telah diperkenalkan oleh para kakitangan PEDI sebelum ini.
Jadi, hal ini secara tidak langsungnya dapat membuka minda para penonton siaran langsung kali ini untuk terus mempelajari dan menerokai alat-alat bantu mengajar ini selari dengan perkembangan digital hari ini. Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT ini agar dapat dimanfaatkan di masa akan datang dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: