Kelas ICT: Latihan Asas Menaip Dan Pembelajaran Secara Atas Talian
29 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Rabu – 28 Disember 2022 - PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Pembelajaran Secara Atas Talian Menggunakan Laman Sesawang ABC.ya bagi pelajar darjah satu dan dua dari Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang. Muhammad Darwish, 8 dan Muhammad Danish, 7 merupakan anak kepada guru sekolah tersebut yang telah mengambil peluang untuk mengenali komputer dengan lebih baik sempena cuti sekolah ini. Mereka mengambil masa untuk membiasakan diri menggunakan komputer dengan belajar menaip sebelum menggunakannya sebagai medium pembelajaran secara atas talian.
Pertama sekali, kakitangan PEDi memulakan kelas ICT kali ini dengan berkongsi tentang cara menggunakan carian Google dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian dengan usia untuk belajar menaip menggunakan sumber-sumber berkaitan. Mereka juga diberi pilihan untuk menggunakan buku sebagai bahan rujukan untuk latihan menaip kali ini. Sebelum kelas dimulai, mereka diberi peluang untuk mengenali komponen-kompone komputer dengan lebih terperinci. Kemudian, kakitangan PEDi Repek memneruskan kelas dengan memberi tunjuk ajar tentang kegunaan simbol-simbol yang terdapat di papan kekunci dengan lebih jelas.
Mereka berdua menunjukkan pemahaman yang baik setelah diberi masa untuk mempelajari dan menggunakan papan kekunci secara perseorangan bagi mempraktikkan segala ilmu yang dikongsikan. Setelah itu, mereka berdua diberi peluang untuk belajar melalui laman sesawang ABC.ya. Laman sesawang ini merupakan perisian yang menyediakan pelbagai jenis permainan pendidikan bagi setiap peringkat umur agar dapat menyampaikan ilmu dengan lebih menarik kepada para pelajar lebih-lebih lagi pelajar sekolah rendah. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: