Kelas ICT: Membuat Resume Menggunakan Canva
28 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Khamis - 27 Mei 2022 – PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Membuat Resume Menggunakan Canva bagi pelajar untuk sebagai asas persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Kelas yang diadakan ini berlangsung selama satu jam bagi memastikan pelajar memahami apa yang dipelajari dengan baik. Kelas membuat resume kali ini menggunakan perisian Canva yang tampaknya lebih mudah digunakan dan senang diikuti oleh pelajar berbanding menggunakan Microsoft Word. Menurut, Adam Fikri Bin Che Hassan, pelajar sekolah tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kiambang, perisian ini lebih menarik untuk diterokai kerana mempunyai pelbagai pilihan template yang tersedia ada untuk membuat resume yang cantik dan lengkap dalam waktu yang singkat.
Kelas kali ini juga memfokuskan cara pemilihan templat yang bersesuaian dengan pekerjaan yang ingin dimohon oleh pelajar. Hal ini kerana pemilihan warna templat yang terlalu menonjol mungkin tidak sesuai dengan pekerjaan yang professional, namun ianya sesuai bagi pekerjaan yang kasual dan bagi mereka yang terlibat dalam bidang kreatif. Pelajar juga diberi senarai maklumat-maklumat penting yang perlu disertakan di dalam resume mereka seperti profil diri, maklumat akademik, pengalaman kerja dan individu rujukan untuk dihubungi bagi memastikan segala maklumat yang dipaparkan sahih dan benar. Akhir sekali, pelajar juga diberi tunjuk ajar untuk memuat turun resume yang dibuat menggunakan Canva dengan mudah untuk digunakan di kemudian hari. Kakitangan PEDi juga berharap semakin ramai pelajar mengunjungi PEDi Repek bagi menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan untuk kegunaan masa hadapan lebih-lebih lagi pada era serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: