Kelas Usahawan: Mengedit Poster Jualan Menggunakan Microsoft Powerpoint
13 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 12 Mac 2022 - PEDi Repek telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan baru berkaitan poster jualan produk menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas ini memfokuskan tentang cara-cara mengedit poster yang bertujuan untuk berkongsi tentang nilai-nilai dan kelebihan produk yang beliau pasarkan. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga yang telah disertai oleh usahawan PEDi Repek bagi tahun 2022 iaitu Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon yang merupakan usahawan kosmetik dan kecantikan NB Beauty Wellness.
Kelas ketiga yang bertajuk “Kelas Usahawan: Mengedit Poster Jualan Menggunakan Microsoft PowerPoint” telah mendedahkan beliau tentang kegunaan asas Ms PowerPoint yang biasanya digunakan untuk membuat pembentangan projek yang memiliki variasi ikon yang boleh digunakan untuk membuat poster yang menarik. Beliau sangat komited dalam mengikuti sesi kelas pembelajaran dan pengajaran ini. Hal ini kerana wabak COVID-19 telah memberi impak yang sangat besar terhadap perniagaan beliau yang biasanya hanya dipasarkan secara langsung melalui pembukaan salon kecantikkannya. Beliau menunjukkan usaha yang sangat baik dalam mendalami ilmu-ilmu ICT selari dengan perkembangan perniagaan secara atas talian yang semakin berleluasa melalui pelbagai medium sosial media seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan banyak lagi. Selain itu, palatform perniagaan secara atas talian seperti Shopee, Lazada, Amazon dan pelbagai lagi juga telah menjadi fokus utama para peniaga bagi memasarkan produk jualan masing-masing secara lebih meluas.
Justeru itu, Kak Sharon sangat tertarik untuk mendalami kelas poster menggunakan Ms PowerPoint kali ini bagi menarik minat pelanggan-pelanggan yang berpotensi tinggi secara atas talian lebih-lebih lagi masyarakat hari ini sangat mementingkan penjagaan kecantikan wajah. Kelas kali ini telah mendedahkan beliau cara memilih latarbelakang poster yang menarik serta jenis-jenis dan warna-warna tulisan yang berbeza, variasi pilihan ikon dan simbol yang menyerlah bagi menarik minat pelanggan yang berpotensi untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang dipasarkan oleh NB Beauty Wellness seperti Vitamin C Booster, Green Silk Peel, 3 in 1 Whitening Facial dan banyak lagi,
Oleh itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: