Bicara Petang : Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus Covid-19
15 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Isnin – 14 Mac 2022 - PEDi Repek telah menyertai perkongsian bersama PEDi Karangan, PEDi Lawang yang telah dikendalikan oleh PEDi Batu Gajah dalam satu sesi siaran langsung yang dinamakan sebagai “Bicara Petang : Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus Covid-19” di Facebook melalui aplikasi StreamYard. Perkongsian ini membicarakan bagaimana petugas PEDi selaku individu yang pernah dijangkiti virus Covid-19 dalam menghadapi ujian berkuaratin.
Pihak PEDi juga berkongsi tips dan langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila disahkan positif Covid-19. Covid-19 menjejaskan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza, ada dalam kalangan mereka yang dijangkiti mengalami gejala yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa kemasukan ke hospital dan ada pula yang mengalami gejala yang kuat sehingga mereka mengalami kesukaran untuk bernafas. Siaran langsung pada kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi sedikit pengalaman yang berbeza dari petugas-petugas PEDi yang terkena jangkitan virus tersebut, petugas PEDi berkongsi simptons yang dialami oleh mereka yang menunjukan tanda mereka terkena jangkitan virus tersebut.
Petugas berkongsi pengalaman dalam mengendalikan individu yang positif Covid-19 yang dikuarantinkan dirumah, serta cara untuk mengendalikan individu yang negatif Covid-19 sekiranya ibu bapa terkena virus dan anak mereka negatif agar virus ini tidak menjangkiti individu lain di dalam rumah semasa tempoh kuarantin. Melalui perkongsian ini diharapkan masyakat sentiasa peka terhadap kesihatan mereka di mana negara akan memasuki fasa Endemik Covid-19 pada 01 April 2022, Endemik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama dan sentiasa wujud di sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada tetapi pada kadar yang stabil serta rendah dengan bantuan program vaksinasi Covid-19. kita perlu menerima yang virus ini hidup di persekitaran kita dan kita perlulah sentiasa berwaspada dan kekal menjaga kesihatan diri. Semoga perkongsian ini dapat membantu masyarakat dalam menangani virus Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: