Penularan Jangkitan HFMD (Hand, Foot, & Mouth Disease)
30 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Khamis - 29 Mei 2022 – PEDi Repek telah mengadakan siaran langsung di Facebook bersama-sama PEDi Karangan dan PEDi Jeram melalui StreamYard. Siaran langsung kali ini dilaksanakan bertujuan bagi membincangkan tentang isu yang hangat diperkatakan saban hari iaitu penularan jangkitan Hand, Foot, & Mouth Disease atau lebih dikenali sebagai HFMD yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat hari ini khususnya anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah. Penularan jangkitan HFMD berlaku begitu cepat dan telah mencecah puluhan ribu kes yang dilaporkan sehingga hari ini. Jadi, kali ini kakitangan PEDi mengambil iniasiatif untuk berkongsi tentang penularan jangkitan HFMD bersama komuniti untuk lebih peka akan kes ini sebagai langkah pencegahan sebelum menjangkiti keluarga yang tersayang.
Perkongsian kali ini telah membincangkan apa yang dimaksudkan oleh HFMD dan gejala-gejala awal yang dapat dikesan seperti demam, sakit tekak, ulser, sakit kepala serta ruam veksikel pada tangan, kaki dan mulut individu yang dijangkiti. Hal ini dapat dikesan awal sekiranya, ibu bapa membuat pemerhatian lebih akan perubahan sikap anak-anak yang mungkin tidak berselera makan asbab ulser terutamanya. Hal ini juga diperakui oleh Puan Norbaya, Pengurus PEDi Repek yang berpengalaman dalam menjaga anak yang dijangkiti HFMD ini. Selain itu, HFMD ini juga sangat mudah menular kepada individu lain melalui pelbagai cara iaitu sentuhan, air liur, najis dan alat permainan serta lepuhan atau luka pada badan mereka. Kakitangan PEDi juga berkongsi agar melakukan 7 langkah basuh tangan sebaiknya dan membersihkan alat permainan yang digunakan.
Akhir sekali, PEDi berharap para penonton siaran langsung kali ini terumatanya para ibu-bapa dapat mengambil input-input yang bermanfaat bagi mencegah penularan jangkitan HFMD dari terus meningkat. Tidak lupa juga pada golongan dewasa yang terjangkiti penyakit ini agar lebih berhati-hati dan selalu menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling bagi menghindari penyakit ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: