Kelas ICT: Ulangkaji Pembelajaran Atas Talian
28 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 27 Oktober 2022 - PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Ulangkaji Pembelajaran Atas Talian bagi pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang. Muhammad Amar, 15 merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam menuntut ilmu ICT di PEDi Repek. Selain belajar menggunakan komputer, beliau juga meggunakan carian Google sebagai medium untuk mengulangkaji pelajaran di sini.
Pertama sekali, kakitangan PEDi memulakan kelas ICT kali ini dengan berkongsi tentang cara menggunakan carian Google dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan yang bertepatan dengan silibus pembelajaran terkini di sekolah menengah. Kemudian, kakitangan PEDi Repek juga menunjukkan perbezaan antara sumber-sumber rujukan atas talian yang boleh dipercayai sebelum membuat ulangkaji atas talian ini. Kali ini, beliau menggunakan nota rujukan yang disediakan dalam bentuk Microsoft PowerPoint yang lebih menarik untuk dipelajari. Menurut beliau, belajar menggunakan komputer lebih menyeronokkan berbanding mentelaah buku sekolah lebih-lebih lagi nota yang disediakan dalam talian telah diringkaskan dengan baik dan jelas.
Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: