Majlis Perasmian Laman Minda Sihat & Advokasi SK Sri Kiambang
27 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Rabu – 26 Oktober 2022 – PEDi Repek telah mendapat jemputan khas untuk mnenghadiri Majlis Perasmian Laman MInda SIhat SK Sri Kiambang (SKSK) yang disempurnakan oleh Datuk Akbar B. Salim. Laman Minda Sihat SKSK ini telah tercalon dalam mewakili negeri Kelantan ke Peringkat Kebangsaan.
Majlis ini juga dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh En Suzaki b Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran yang menyatakan bahawasanya tujuan pelaksanaan Laman Minda Sihat adalah untuk memupuk semangat dan menarik minat para pelajar sekolah dalam meneruskan sesi pembelajaran seharian di sekolah pasca Covid-19. Menurut beliau, kesihatan mental dan fizikal pelajar yang sihat adalah cara terbaik untuk membantu mereka beradaptasi semula dengan sistem pembelajaran disekolah. Kemudian, majlis ini diteruskan dengan perasmian serta lawatan ke Laman Minda Sihat SK Sri Kiambang.
Akhir sekali, PEDi Repek juga berpeluang untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada para guru dan para tetamu undangan yang telah datang memeriahkan lagi majlis perasmian kali ini. Diharapkan Laman Minda Sihat SK Sri Kiambang akan mendapat tempat di peringkat Kebangsaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: