Streamyard Live Rumusan Klik Dengan Bijak Tahun 2021
26 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 25 Januari 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk membicarakan tentang Rumusan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu membicarakan tentang rumusan tajuk-tajuk yang telah dikongsikan sepanjang tahun 2021. Perkongsian yang melibatkan isu-isu semasa serta kesedaran dalam penggunaan internet.
Pada sesi kali ini pihak PEDi membicarakan topik-topik yang telah dikupas pada tahun 2021 yang merupakan isu semasa pada tahun tersebut seperti isu ejekan tubuh (body shaming), viral keperluan atau kehendak, berita palsu dan isu-isu kesedaran dalam pengunaan internet seperti pembelian dalam talian, isu keselamatan seperti terlebih berkongsi serta risiko permainan dalam talian. Pihak PEDi telah memaklumkan bahawa pihak PEDi mungkin akan sentiasa membuat sesi KDB ini bagi memberi kesedaran kepada pengguna tentang keselamatan semasa menggunakan internet.
Pada siaran kali ini pihak PEDi menitip pesanan jadilah seorang pengguna internet yang berhemah dan sentiasa menyemak kesahihan berita sebelum disebarkan. Kita juga seharusnya memanfaatkan teknologi secara bijak untuk mengelakkan dari menjadi salah seorang pengguna yang menyebarkan berita palsu dan menjadi individu yang mencetuskan permusuhan alam siber. Sememangnya kita tidak mahu ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat tetapi haruslah berwaspada jangan sudahnya ia mengundang padah. Kelekaan menggunakan teknologi akan mendorong masyarakat untuk tidak lagi bergantung kepada komunikasi alam nyata, sekaligus memberi kesan buruk terhadap hubungan antara individu terutama sesama anggota keluarga. Justeru itu kita perlu membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: