Bicara Petang - Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
18 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 17 Mac 2022 - PEDi Repek bersama-sama PEDi Bukit Tandak telah menyertai siaran langsung yang dikendalikan oleh PEDi Lawang yang dikongsikan melalui Live StreamYard di Facebook yang berlangsung selama satu (1) jam bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Bicara petang yang bertajuk “Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024” dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi cara-cara untuk membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara atas talian bagi sesi 2023 / 2024. Kakitangan PEDi memngambil inisiatif untuk menghebahkan dan memberi makluman kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak lingkungan umur 6 tahun dan 7 tahun untuk membuat pendaftaran kemasukan Darjah 1 tahun hadapan melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara atas talian bermula 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022.
Siaran langsung kali ini memberi penjelasan kepada para ibu-bapa atau penjaga untuk lebih memahami tentang sistem Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) yang diperkenalkan oleh KPM bagi memudahkan pendaftaran tahun 1. Selain itu, sistem SPS ini merupakan inovasi yang bagus bagi ibu bapa untuk memantau tingkah laku dan perkembangan anak-anak secara atas talian seperti semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa perlu ke sekolah dan mengisi borang-borang manual seperti sebelumnya. Berbalik kepada pendaftaran darjah 1, Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa atau penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara atas talian mengikut manual yang disediakan.
Selain itu, kakitangan PEDi juga telah berkongsi langkah-langkah untuk mengisi maklumat dengan betul melalui siaran langsung kali ini bagi memudahkan para ibu bapa atau penjaga untuk membuat pendaftaran secara atas talian yang mungkin agak asing bagi segelintir pihak. PEDi juga mengalu-alukan kedatangan mereka untuk ke PEDi yang berdekatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Para ibu bapa atau penjaga boleh melayari laman web https://public.moe.gov.my/. Setelah penggguna selesai membuat pendaftaran, mereka perlu mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan sekolah.
Justeru itu, kakitangan PEDi berharap perkongsian siaran langsung ini dapat membantu para ibu bapa atau penjaga membuat pendaftaran secara atas talian dengan lebih. Akhir sekali, kakitangan PEDi amat berharap ibu bapa lebih peka akan hal ini sekiranya ibu bapa mempunyai anak-anak yang bakal memasuki persekolahan Tahun 1 sesi 2023 / 2024. Jadi, PEDi berharap perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat untuk para penonton di Facebook kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: