Bicara KDB - Penyebaran Maklumat Palsu
22 November 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 21 November 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak dengan topik “Penyebaran Maklumat Palsu” menggunakan aplikasi StreamYard yang dikendalikan oleh Puan Amnina dari PEDi Lawang. Berita palsu merupakan sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah secara sengaja melalui media akhbar tradisional serta media sosial. Berita palsu disiarkan dengan niat untuk mengaburi mata ramai untuk mengaibkan pihak tertentu demi kepentingan kewangan atau politik sendiri, selalunya menggunakan tajuk berita yang sensasi, tidak jujur atau direka semata-mata untuk menggalakkan pembacaan, perkongsian dalam talian, dan pendapatan klik Internet yang mana ia adalah serupa dengan tajuk berita "clickbait" dan bergantung pada pendapatan iklan yang dijana daripada kegiatan ini tanpa mengira kebenaran cerita yang disiarkan. Berita palsu yang sengaja mengaburi mata dan menipu adalah berbea daripada satira atau parodi terang-terangan yang cuma bertujuan untuk mencuit hati penonton.
Berita palsu makin relevan dalam politik pasca kebenaran. Dengan perluasan teknologi, makin perlunya tontonan dan bagi penggiat media, kebolehan menarik penonton kepada laman web mereka adalah perlu untuk memuaskan pengiklan. Jika menerbitkan cerita dengan kandungan palsu akan menyebabkan kapsyen besar dan menarik pembaca, maka berbaloilah berbuat demikian demi manfaat pengiklan dan rating. Akses mudah kepada pendapatan iklan atas talian, meningkatnya polarisasi politik dan populariti media sosial terutamanya Facebook News Feed, semuanya terbabit dalam penyebaran berita palsu yang timbul untuk menyaingi berita sah. Ahli politik turut terbabit dalam menjana dan menyebarkan berita palsu, khususnya sewaktu pilihan raya.
Sehubungan itu, kami di PEDi mengambil tajuk PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU pada kali ini bagi mengisi slot KDB. Sesi ini berlangsung selama satu (1) jam secara atas talian dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada pengguna alam siber agar tidak menyebar sebarang berita yang tidak sahih serta menyemak sesuatu maklumat yang diterima di portal sebenarnya.my sebelum berkongsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: