Live Streamyard: Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Banjir
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Repek, Jumaat – 26 November 2021 – PEDi Repek telah membuat siaran perkongsian di Facebook tentang Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Banjir menerusi aplikasi Streamyard. Banjir merupakan bencana alam yang selalu berlaku pada masa tengkujuh di Malaysia. Bencana alam yang boleh mengancam nyawa dan jiwa masyarakat ini juga meliputi kawasan Kg. Repek dan kawasan berdekatan, Jadi, PEDi Repek mengambil inisiatif awal untuk berkongsi tentang langkah-langkah persediaan yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat dalam menghadapi banjir dengan lebih selamat dan aman.
Antara langkah-langkah persediaan yang telah dikongsi oleh kakitangan PEDi Repek adalah merangkumi perkara yang mendasar seperti peka akan pengumuman kerajaan dan setempat tentang banjir yang bakal dihadapi di kawasan masing-masing. Para penduduk juga dinasihatkan untuk mengambil perhatian akan amaran banjir yang disiarkan melalui radio, televisyen, dan media sosial untuk membuat persediaan yang lebih rapi dalam menghadapi bencana alam ini. Masyarakat juga perlu ambil tahu tentang pusat pemindahan dan pusat bantuan banjir yang berdekatan untuk menjamin keselamatan keluarga serta memastikan bekalan makanan juga terus mencukupi untuk seisi keluarga bertahan semasa banjir.
Justeru itu, pihak PEDi sangat memberi penekanan kepada masyarakat untuk mengambil langkah-langkah persediaan awal dalam menghadapi banjir. Pihak PEDi juga berharap masyarakat dapat mengambil input-input penting yang telah dibincangkan melalui perkongsian hari ini dan sentiasa menjaga keselamatan semasa banjir kerana bencana alam ini juga boleh mengancam nyawa. Program ini dijalankan melalui atas talian kerana kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: