Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Mengedit Poster Menggunakan Aplikasi Canva Kolaborasi Bersama KEMAS
5 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Sabtu – 04 September 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK). Repek mengambil bahagian dalam kursus kemahiran telefon bimbit jangka pendek yang dihoskan oleh pengurus PIK Lawang, Pn. Nur Amnina binti Abdullah melalui Goole Meet. Hari kedua kursus berlangsung selama tiga (3) jam, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang, kursus ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet, dan kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Kursus ini adalah untuk mengajar usahawan mengenai kaedah “Photo Phone” yang hanya menggunakan aplikasi telefon pintar. Di kursus kedua, para peserta mempelajari cara untuk mengedit gambar produk mereka melalui aplikasi canva.
Pengajar menerangkan apa itu aplikasi canva, canva adalah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Aplikasi ini merangkumi template untuk digunakan oleh pengguna. Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam telefon. Peserta diminta memuat turun aplikasi canva sebelum kelas bermula. Peserta kemudian diminta mengedit gambar produk mereka berdasarkan peraturan fotografi yang telah mereka pelajari pada kelas sebelumnya. Kursus ini telah disertai oleh 15 orang peserta. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja usahawan dalam mendepani situasi pandemik Covid19 yang melanda negara. Pihak PIK berharap dengan diadakan kursus jangka pendek ini akan dapat membantu para usahawan dalam memasarkan produk mereka dengan lebih kreatif lagi dan dapat meningkatkan pendapatan mereka pada musim pandemik ini. Kakitangan PIK Repek amat mengalu-alukan kehadiran usahawan yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: