Kelas Asas ICT (Latihan Menaip)
9 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, Isnin - 08 Feb 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah mengadakan telah mengadakan kelas latihan Microsoft Office Word selama 1 jam bertempat di bilik latihan, PIK Kg Repek. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya mahir menggunakan MS Word dan melatih untuk menaip dengan cepat dan betul. Kelas Asas ICT kepada pelajar Sekolah sekitar Pusat Internet. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian. Melalui kelas ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft word dengan cara yang betul. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di pusat internet komuniti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: