Bual Bicara Santai: Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
10 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 09 Disember 2021 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Bukit Tandak, dan PEDi PPR Kg. Muhibbah dalam satu sesi siaran langsung di Facebook melalui aplikasi StreamYard yang berkongsi tentang Pusat Ekonomi Digital atau singkatnya PEDi yang sebelumnya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti atau PIK yang telah dilancarkan pada 21 November 2021 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata matlamat PEDi dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat setempat serta memberi pendedahan tentang kemahiran tanpa mengira geografi dan kedudukan sosial agar semua penduduk berupaya serta mengambil peluang dalam bidang ekonomi digital yang semakin berkembang pesat. Jadi, siaran langsung kali ini memberi penjelasan yang lebih lanjut tentang penambahbaikan yang telah dilaksanakan dalam memperkasakan pusat sehenti ekonomi digital ini.
Kakitangan PEDi juga memberi penerangan yang lebih jelas tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi seperti Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membantu para usahawan kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang, kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan,pemasaran dan pembungkusan untuk meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan serta mewujudkan peluang perkerjaan kepada . Selain itu, PEDi juga menyediakan perkhidmatan seperti latihan ICT, latihan multimedia, kursus keusahawanan bersama Shopee, MIDEC dan banyak lagi.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kedatangan masyarakat setempat untuk mengunjungi PEDi berdekatan untuk mempelajari latihan asas ICT, menyertai kursus latihan e-dagang, keusahawanan dan banyak lagi untuk dikongsikan bersama. Marilah kita sama-sama memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan untuk menambah kemahiran diri dan memajukan sosioekonomi masyarakat setempat dengan lebih giat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: