Kelas Asas ICT – Cara Mengedit Dokumen PDF Secara Dalam Talian
6 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 05 Disember 2021 – PEDi Kg. Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Cara Mengedit Dokumen Pdf Secara Dalam Talian melalui aplikasi streamyard live di facebook PEDi Kg. Repek. Kelas ini turut disertai oleh pengurus PEDi Lawang, PEDi Batu Gajah dan PEDi Karangan. Kelas yang bertujuan untuk menambah ilmu kepada penonton tentang cara mudah mengedit dokumen mereka tanpa perlu ke kedai untuk mencetak. PDF bermaksud Format Dokumen Mudah Alih. Fail dengan sambungan ini telah dibangunkan oleh “Adobe Systems”. Syarikat itu adalah pihak yang membangunkan perisian grafik popular, seperti Photoshop dan Lightroom. PDF itu sendiri biasanya terdiri daripada teks dan imej.
Pada kelas kali ini, staf PEDi mengajar pengguna cara untuk menggunakan https://www.sejda.com/ bagi mengajar Asas ICT-Cara Mengedit Dokumen atau Imej daripada format PDF tanpa perlu mencetak. Staf PEDi telah menunjukkan cara untuk memasukkan teks, cara untuk memasukkan imej tanda tangan ke dalam dokumen PDF yang perlu diedit. Imej tanda tangan perlu diambil terlebih dahulu menggunakan kertas putih kosong dan juga menggunakan pen hitam berdakwat basah/cair. Kemudian, pengguna perlu mengambil gambar tersebut dan memuat naik ke dalam laptop/komputer riba masing-masing atau juga boleh dimuat naik ke dalam tablet atau gajet masing-masing. Imej tanda tangan ini boleh dibuang latar belakangnya menggunakan aplikasi https://www.remove.bg/. Jika tidak mahu menggunakan aplikasi ini pun tidak mengapa kerana di dalam aplikasi sejda.com telah dimasukkan fungsi untuk membuang latar belakang ini.
Kelas ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Kelas ini telah berlangsung selama satu (1) jam bermula dari jam 10.40 pagi hingga 11.40 pagi. Kakitangan PEDi Repek amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: