Live Streamyard Cabaran PDPR Antara Guru & Murid
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Khamis – 24 Jun 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Repek bersama-sama PIK Lawang, PIK Kg. Batu Gajah, dan PIK Kg. Karangan telah mengadakan Live Streamyard Cabaran PdPR Antara Guru dan Murid yang berlangsung selama satu jam bermula dari jam 3.30 Petang dan berakhir pada 4.30 Petang ditemani Puan Mashitah iaitu guru Pendidikan Khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keratong, Pahang. Siaran langsung ini bertujuan untuk memberi perkongsian tentang cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dan para pelajar dalam menjalani sistem pembelajaran abad baru iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semenjak implementasi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negara ini.
Antara cabaran yang dihadapi oleh para guru adalah penyediaan modul atau bahan pengajaran yang tertumpu kepada pembelajaran secara atas talian menggunakan teknologi hari ini. Kemudian, para pelajar pula menghadapi cabaran dalam mengikuti kelas secara atas talian disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti tiada telefon canggih yang boleh mengakses internet untuk menyertai kelas secara atas talian dan sebagainya. Jadi, hal ini secara tidak langsungnya menyukarkan para pendidik untuk menyampaikan dan memastikan ilmu yang dikongsikan diterima baik serta dapat difahami dengan jelas oleh pelajarnya. Oleh itu, PIK Kg. Repek, PIK Lawang PIK Kg. Batu Gajah dan PIK Kg. Karangan berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan tentang cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dan pelajar dalam meneruskan sistem PdPR ini kepada masyarakat diluar sana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: