Tutorial Gambar Digital
20 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, Jumaat - 19 Mac 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah mengadakan telah mengadakan satu sesi tutorial belajar cara membuat gambar digital menggunakan Microsoft power point menggunakan stream yard live. Tutorial ini adalah asas mempelajari asas power point membuat e-book ala-ala buku skrap dengan tajuk Sabah Destinasiku. Perkongsian ringkas ini dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah, Cik Hanani dan turut disertai oleh PIK Kampung Karangan dan PIK Kampung Repek diwakili oleh Pengurus PIK iaitu Cik Aisha dan Puan Norbaya. Tujuan perkongsian ini adalah bagi memberi penambahan ilmu baru kepada komuniti berkaitan ICT agar komuniti setempat sentiasa celik IT dan tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT yang semakin berkembang. Tutorial ini berlangsung selama hampir 1 jam di mana staff PIK telah menerangkan cara-cara untuk membuat gambar ke dalam bentuk digital dan hanya menggunakan power point. Melalui tutorial ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan power point dengan lebih kreatif. Diharapkan supaya komuniti setempat lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: