Live Streamyard Klik Dengan Bijak Risiko Permainan Dalam Talian
21 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Isnin – 20 September 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah bekerjasama bersama PIK Lawang, PIK Karangan, PIK Selising dan PIK Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak dengan topik ‘Risiko Permainan Dalam Talian’ ekoran penggunaan gajet atau telefon pada masa kini adalah satu keperluan tidak kira peringkat umur. Dalam perkongsian tersebut pihak PIK lebih banyak berkongsi kesan negatif dalam penggunaan telefon sekiranya tidak dipantau atau dibendung dari peringkat awal lagi. Pembaziran wang ringgit juga menjadi salah satu kesan negatif apabila pengguna membuat belian hadiah dari laman game untuk meneruskan permainan selain ada sesetengah pengguna yang sanggup menghabiskan beribu-ribu untuk kelengkapan permainan seperti pc game,kerusi game dan sebagainya. Ketagihan bermain dalam talian juga boleh menyebabkan masalah keretakan rumah tangga kerana pasangan mengabaikan tanggungjawab kerana leka bermain game selain boleh juga menimbulkan masalah kecurangan rumah tangga akibat bertemu ‘crush’ dalam ‘online game’ .Namun,sekiranya kita bijak menggunakan kepakaran kita dalam permainan dalam talian, kita mampu menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu,pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya.Jadi,kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini.
Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Program yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi streamyard live di facebook Pusat Internet Komuniti Kg Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: